Hari aku masak Sup Ayam, Telur Dadar,Roti celup Telur, n Kuey Tiaw tu untuk Kak Ngah tang tak makan nasi, dan puding tp yang penting buah Tamar..... n Air Nata Mangga
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Iftar ke 20
Untuk juadah berbuka ari aku masak Rendang Ayam Pencen, Daging Air Asam, Ikan Masin Goreng n Kailan Goreng ... Air pula Sunqick Susu... Jiran sebelah umah bagi Asam Gupal ..Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.
Sunday, July 28, 2013
Iftar ke 19
Hari ni juadah berbuka kami simple je....... Mi Goreng, Roti Gulung Sosej, Tembikai, Papadom n Jus Dragon
Wednesday, July 24, 2013
Iftar ke14
Hari ni aku ubah selera sikit ........ Aku buat Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Kuzi n Acar Timun. Kuih beli je xsempat nak buat.
Tuesday, July 23, 2013
Iftar ke-13
Hari ni tak penat sangat masak.... sebab hubby beli Ayam Pusing, jadi aku cuma tambah Masak Lemak Cili Padi Ketam n buatkan Cekodok Pisang untuk anak2, Aku buatkan juga sedikit Nanas manis dan Air Cincau.
Monday, July 22, 2013
Iftar ke-12
Menu utama kami sekeluarga hari ni ialah Asam Pedas Ikan Pari, Sayur Campur dengan Sotong, Kuih pula Puteri Mandi......manakala air Carrot susu.
Alhamdulillah walaupun tak banyak lauk tapi aku tetap puas hati kerana masak sendiri...
Resepi Asam Pedas
Ikan Pari
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Serai
*Halia
*Lengkuas
*Cili Kering
Asam Keping/Asam Jawa
Daun Kesum
Bunga Kantan
Garam
Perasa
Minyak
Air
Mesin semua bahan bertanda , panaskan minyak dan tumis, bila dah garing baru masukkan air, ikan ,asam, garam dan perasa...
SELAMAT MENCUBA
Sunday, July 21, 2013
Iftar ke-10
Hari ini kami berbuka di rumah nenek....... Juadah kami Roti Jala, Kari Ikan, Bubur Lambuk, Nekbat, Air ABC, Ikan Masak Kicap
Iftar ke-11
Hari ni aku masak lauk ikut kehendak suami dan anak-anak..... Pajeri Nanas untuk suami, Ayam Masak Merah untuk anak-anak dan lain2 tambahan Kerang Rebus Air Dragon
Thursday, July 18, 2013
iftar ke8
Hari ni tiba-tiba terajin pulak aku buat Puding Marble Roti...... yang lain-lainnya Sup Ikan Merah, Sambal Lokan, Sambal Ikan campur Mangga, Ulam Timun, Buah Kurma & Air Punch. Dan tak ketinggalan Buah Dragon
Tuesday, July 16, 2013
Iftar ke_6
Hari ni aku masak Ayam masak Lada Hitam, Daging Air Asam, Taugeh Goreng, Roti Gulung Berinti Daging n Air Dragon
Monday, July 15, 2013
Iftar ke5
Hari ni aku masak yang simple je iaitu Mi Rebus, Tauhu Sumbat, Kurma n Air Nata.... anak2yang minta ni ..jadi lagi senang mama dia.. Kebetulan Abahnya pulak berbuka kat masjid.
Subscribe to:
Posts (Atom)