Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Monday, February 24, 2014

Menu Tengahari ni...

Masa rehat 1 jam akan aku guna sepenuhnya untuk menyediakan lauk buat hubby & anak2. Kadang tu macam penat tu blh hilang dgn memasak utk diaorg. Hari aku buatkan mereka Sup Ikan kerapu yang ada lg separuh tu, Kangkung goreng, Tempe Goreng, Ikan Kerapu juga digoreng n sambal. Internet slow mlm br blh post.
Kangkung Goreng
Sup Ikan Kerapu
Ikan Kerapu Goreng

Sarapan - cekodok n keropok lekor

Menu untuk sarapan pagi ni sangat senang & mudah iaitu cekodok.... 
Bahan2 :
1. Tepung Gandum
2. Bawang Besar
3. Udang Geragau/ ikan bilis
4. Daun Kucai
5. Taugeh
6. Garam
7. Air

Cara2 :
Campur semua bahan ..... pastu goreng je. siap.










Saturday, February 22, 2014

-Stim Ikan Kerapu

Menuku hari ni sungguh senang n mudah..... kerapu stim tom yam. Sebenarnya anak2 n hubby suka stim klu sweet sour tu kurang ckit la. Kat sini Resipi n cara membuatnya
Bahan2 :
1. Ikan Kerapu atau apa2 jenis ikan (ikut suka)
2. Halia dimayang
3. Bawang Putih dimayang
4. Serai dimayang
5. Lada sulah
6. Garam
7. Gula
8. Pes Tom Yam
9. Sayur (ikut suka)
10. Jus Lemon

Perap semua bahan tu pada ikan, pastu kukus n siap utk dimakan.

Wednesday, February 19, 2014

Hidangan Tengahari

Hari ni huru-hara ckit sebab nak kena masak cepat anak yg sulung dapat ebook. Jadi sebelum pergi tu kena makan dulu la. Jadi nak senang cerita aku masak , Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung ,Taugeh Goreng campur Carrot, Ulam Jering n budu.
Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung

Taugeh Goreng

Tuesday, February 18, 2014

Lunch... hari ni

Hari ni aku buat Sup Kambing, Kari Telur n Sayur Campur..... Sup Kambing tu hubby la yang paling suka, anak-anak n mama kurang.

Bahan2 Sup Kambing
1. Daging n Tulang Kambing
2. Halia
3. Bwg Putih
4. Rempah sup (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga n kulit kayu manis)
5. Daun Sup n Daun Bwg
6. Rempah Sup Serbuk
7. Bwg Besar
8. Limau Nipis
9. Garam n Perasa

Cara2 :
Rebus daging n tulang dgn halia dan bwg putih dulu hingga empuk (lembut). Pastu tumis rempah bersama dgn bwg putih n bwg besar. Bila sudah garing masukkan ke dlm sup. Masukkan juga rempah sup serbuk. Akhir sekali masukkan garam n perasa. Ketika hidang letak daun sup, daun bwg n jus limau.




Sunday, February 16, 2014

NASI AYAM

Rehat tengahari tadi aku masak Nasi Ayam kelam kabut betul rehat 1jam nak buat semua benda....huhuhu. tapi berbaloi la sbb blh tgk anak2 n hubby makan.




Saturday, February 15, 2014

Lamb Chop n Chicken Chop for Dinner

Malam ni kami dinner ala2 org putih lg... permintaan hubby n melepaskan hajat anak buah ug teringin nak mkn masa mengandung sampai bsalin xjumpa. Jadi hari ni sekali lg aku buat. Aku ni xde la suka sgt mkn lamb chop ni.

Resipinya:
1. Isi ayam (seeloknya bahagian paha- tulang dibuang tinggal tulang kat atas je)
2. Lada sulah n lada hitam serbuk
3. sedikit tepung jagung
4. Serbuk roti (kuning)
5. Sebiji telur
6. Bwg putih
7. Garam

cara2
Perap ayam dgn lada sulah,garam n bwg putih... lepas tu masa nak goreng isi ayam tu celup dlm telur n lumur dgn tepung jagung n serbuk roti. Panaskan minyak dgn byk supaya ketika goreng tu isi ayam tu tenggelam. Goreng hingga masak. ok siap.

Salad :
1. Carrot
2. Kubis
3. Mayonis
4. Jus lemon
5. Garam n gula

Potang semua sayur tu kecil2 pastu campur dgn mayonis, garam, jus lemon n gula.


Sos
1. Sos Lada hitam
2. Sedikit lada hitam ditumbuk
3. Garam
4. Gula
5. Jus Lemon
6. Sedikit air

Campur semua bahan, masak dgn api yg perlahan hinggan pekat


Nasi Goreng N Keropok Lekor

Untuk sarapan pagi ni saya buat nasi goreng n keropok lekor.... hubby nak g kebun kena masak awal cuma lambat masukkan dlm blog je.... xsempat la settle kerja umah dulu br blh hadap blog klu hadap blog dulu  xsiap la kerja umah.


Tuesday, February 11, 2014

ICT (ikan celup tepung) dan Pisang Goreng

Malam tadi aku buat ICT n PG... balik kerja masuk dapur terus la. Anak2 pulak mengada-ada pencicah pun suruh  buat xnak mkn yg beli tu xsedap katanya. Jadi mamanya terpaksa la buat. Selera anak kena la ikut.




Monday, February 10, 2014

Chicken Chop Lagi

Ni dinner malam tadi xsempat nak update ....... aku buat chicken chop n carrot susu. Permintaan anak n hubby. Sementara hubby pulang dr masjid akupun berperang la dapur, elok2 dia balik solat isyak makanan dah siap.


Chicken chop n lamb chop ni aku buat 2 minggu lepas xsempat nak masukkan dlm blog. untuk senang n mudahkan cerita aku letak je la.. hihihi


Sunday, February 9, 2014

Hidangan Makan Malam (pengantin baru)

Hidangan kami untuk malam ni..... Stim Ikan Siakap,Tom Yam, Ayam Panggang, Ikan Sambal, Ikan Pekasam Goreng, Ulan (timun) n sambal belacan.... untuk tiga keluarga ni aku masak. Puas hati sebab semua org btambah nasi.




Tuesday, February 4, 2014

LUNCH YG SIMPLE JE......

Hari ni aku masak simple bebenor hahaha.... xsempat la. Sup Gearbox, Sambal n Salad Telur. Kalut nak ambik anak kat sekolah lagi.

Saturday, February 1, 2014

HIDANGAN PENGANTIN

Bagi lauk pengantin kali ni aku buat lain sikit sebab ada Ayam Golek yang lain biasa je Ikan Siakap,Udang Goreng,Daging Lada Hitam, Cocktail n Nasi Hujan Panas. Sorry pic nasi n cocktail xsempat  nak ambil sebab pengantin dah sampai.... Lain-lain lauk tu macam biasa la Kari Daging, Acar,Ayam Goreng n Sambal.
Ayam Golek

Ikan Siakap Tiga Rasa

Udang Goreng Salut Tepung n Daging Masak Lada Hitam

Coklat untuk hantaran

Penyerahan duit hantaran

Gubahan Hantaran (buat sendiri ya)

Gubahan Hantaran lg
Bergambar dengan pengantin...