Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tuesday, July 1, 2014

Iftar ke3

Ayam Bakar
Kari Daging
Sambal Velacan
Roti John
Kuih

Roti John
inti :
Daging kisar (ikut citarasa la daging lembu / ayam)
Bawang Merah (blend/tumbuk - saya buat tumbuk)
Bawang Putih (blend/tumbuk - saya buat tumbuk)
Halia (blend/tumbuk - saya buat tumbuk)
Lada Kering (blend)
Serbuk Kari (buat pes- campur sedikit air)
Garam n Gula
Telur
Minyak utk menumis

Panaskan minyak, masukkan bahan yg telah ditumbuk hingga garing. pastu masukkan lada kering yang diblend tu, tumis lg. Setelah cili masak masukkan pula serbuk kari.. Tunggu la lebih kurang 5 minit pastu masukkan daging kisar.Garam n gula jangan lupa.
Bila inti dah masak n sejuk boleh la masukkan telur- pukul sikit telur sebelum masukkan inti tu.
Sediakan kuali leper letak sedikit marjerin, bila dah panas letak inti yg dah dicampur dgn telur tu. bila hampir masak letak roti diatasnya... Tunggu masak, angkat n ngap..hihihi. nanti2 jgn ngap lagi letak sos cili, sos lada hitam n mayonis dulu.....







No comments:

Post a Comment